| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sumbangan Keperluan Isi Rumah Covid-19 Bagi Kakitangan Penjara Pusat Kota Kinabalu

Sumbangan keperluan isi rumah bagi kakitangan Penjara Pusat, Kota Kinabalu telah disampaikan oleh YDH PKK Teyun Thian Eim, Pengarah Penjara Pusat, Kota Kinabalu pada 1 April 2020. Sumbangan berbentuk beras dan minyak masak ini merupakan inisiatif Pengarah Penjara Pusat, Kota Kinabalu bagi membantu meringankan beban semua kakitangan dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa. Seramai 464 kakitangan termasuk kakitangan awam menerima sumbangan tersebut. Dalam masa yang sama beliau turut menasihatkan semua kakitangan agar terus berkhidmat dengan penuh semangat untuk negara, membudayakan gaya hidup sihat seterusnya memastikan ahli keluarga mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa.