| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Khatam Al-Quran Kali Ke-2 Peringkat Penghuni Penjara Puncak Borneo Kuching Sempena Pencegahan Kawalan Pergerakan Wabak Covid-19 Tahun 2020

Rabu - 15 April 2020 Bersamaan 21 Syaban 1441 Hijrah, Penjara Puncak Borneo Kuching telah mengadakan Program Tadarus Al-Quran Peringkat Penghuni bermula 2 hingga 14 April 2020. Majlis berlangsung di Surau Darul Furqan, Penjara Puncak Borneo Kuching dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Penjara Puncak Borneo Kuching, PP Yahir bin Sait.

Objektif Program Tadarus Al-Quran ialah sebagai satu medium menjelas dan memberi kefahaman kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal di musim perintah kawalan pergerakan bagi menghindari penularan COVID-19. Amalan tadarus Al-Quran boleh menambah ganjaran pahala dan ketaqwaan yang dijanjikan Allah Taala serta menolak sebarang bencana, wabak penyakit dan persengketaan. Seramai 30 orang penghuni terlibat di dalam program ini.