| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Lawatan Informatif Rejimen Artileri Diraja, Kem Terendak, Sg Udang, Melaka

Pada 22 Januari 2020 (Rabu), Institusi Penjara Sungai Udang telah menerima lawatan informatif daripada Rejimen Artileri Diraja, Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka. Program telah diadakan di Dewan Keris Laksamana dan diketuai oleh Leftenan Kolonel Shaiful Rizal bin Ahmad serta 100 orang anggota tentera pelbagai pangkat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan penerangan berkaitan kesalahan serta hukuman yang terdapat didalam penjara kepada anggota tentera amnya. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Inspektor Penjara Mohd Faizal bin Hasan. Selain itu, turut diadakan pameran yang diselia oleh Pegawai Pemulihan Institusi.