| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sanitasi Sebagai Langkah Mengekang Penularan Wabak Coronavirus 2019 (Covid - 19), Penjara Penor

Pada 14 April 2020 ( Selasa ), Penjara Penor, Kuantan, Pahang telah mengambil tindakan proaktif dengan melakukan program sanitasi sebagai langkah mengekang penularan Wabak Coronavirus 2019 ( Covid - 19. Operasi sanitasi tersebut bermula pada jam 10 pagi dan melibatkan blok penempatan penghuni, pejabat serta sekitar kawasan luar penjara dan perumahan kakitangan. Operasi sanitasi itu membabitkan seramai 46 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang, 20 orang kakitangan dari Majlis Perbandaran Kuantan dan lebih 50 orang anggota dari Penjara Penor, Kuantan, Pahang. Semasa diwawancara oleh wartawan, YH. Penolong Kanan Koisioner Dato? Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Penor, Kuantan, Pahang berharap agar keluarga penghuni tidak bimbang terhadap kesihatan penghuni kerana pihak pengurusan sentiasa mengambil langkah berjaga - jaga bagi mengekang penularan wabak ini dan akan memastikan tahap kesihatan penghuni serta kakitangan sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga. Turut hadir dalam program tersebut ialah Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Zahar Abdullah.