| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Agong Persatuan Bekas Pegawai-Pegawai Penjara Cawangan Negeri Johor Kali Ke- 5

Pada 26 Februari 2020 jam 2.30 petang, Pusat Pemulihan Akhlak Muar Johor telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Agong Persatuan Bekas Pegawai-Pegawai Penjara Cawangan Negeri johor kali ke-5 yang diadakan di dewan Dato?Ibrahim,Kuarters Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Perasmian Mesyuarat Agong tersebut di rasmikan oleh Pengarah Penjara Negeri Johor Komisioner Penjara Hj Abd Wahab Bin Hj Kassim dan diiringi oleh Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar Johor PKP Rothman Bin Bujang. Pada majlis tersebut Pengarah Penjara Negeri Johor KP Haji Abd Wahab Bin Hj Kassim telah menyerahkan sumbangan berupa wang tunai yang dikumpulkan kepada Persatuan Bekas Pegawai-Pegawai Penjara Cawangan Negeri johor.