| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Literasi Undang ? Undang Sempena Hari Wanita Tahun 2020 Peringkat Institusi Pemulihan Dadah Jelebu , Negeri Sembilan

7 Mac 2020 (Sabtu) ? Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah mengadakan Program Literasi Undang - Undang Sempena Hari Wanita Tahun 2020 anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan dengan kerjasama PERSIAP IPDJ bertempat di Rumah Kelab IPDJ. Program telah bermula pada jam 8.30 pagi telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man Yang Dipertua PERSIAP Malaysia. Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP Malaysia, Puan Nor Asmah binti Mohd Din Pengerusi PERSIAP Penjara Negeri Sembilan, Puan Zakiah binti Mohamed Pengerusi PERSIAP IPDJ dan Puan Hamamah binti Hussin Pengerusi PERSIAP Penjara Seremban, serta Puan Azalina binti Jamaludin Pegawai Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan. Majlis telah diserikan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man Yang Dipertua PERSIAP Malaysia serta Ceramah Literasi Undang-Undang yang disampaikan oleh Encik Airol Irwan bin Lamin Perunding Utama Pro Rev Consultancy & Services. Ceramah tersebut berkenaan pengetahuan dan kesedaran terhadap jenayah seksual terhadap kaum wanita. Seramai 109 orang telah hadir ke program ini terdiri dari kakitangan Intitusi Penjara N. Sembilan dan komuniti daereh Jelebu serta pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Musa Al-Haj (SMK DUMA), Jelebu.