| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Khidmat Iring Sempena Hari Kraf Kebangsaan Tahun 2020

3 Mac 2020 (Selasa) ? Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah terlibat dengan Program Lawatan Khidmat Iring ke Hari Kraf Kebangsaan bagi tahun 2020 (HKK2020) anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Hari Kraf Kebangsaan bagi tahun 2020 (HKK2020) merupakan penganjuran kali ke-18 dengan tema Kraf Memperkasa Sosioekonomi Rakyat. Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya Jualan Produk Kraf dari bidang tekstil, hasil rimba, hasil logam, hasil tanah dan aneka kraf. Seramai 22 orang anggota/kakitangan dari Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah terlibat menjayakan lawatan ini.