| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Chief Coordinator Asian Conference Of Correctional Facilities Architechs And Planner (ACCFA) Dari Negara Jepun Dan Negara Thailand Serta Wakil Daripada International Committee Of The Red Cross (ICRC)

Pada 29 Januari 2020 (Rabu), Institusi Penjara Sungai Udang telah menerima kunjungan hormat Chief Coordinator Asian Conference of Correctional Facilities Architechs and Planner (ACCFA) dari Negara Jepun dan Negara Thailand serta wakil daripada International Committee of the Red Cross (ICRC), Malaysia. Delegasi yang terdiri dari (9) orang tersebut telah disambut oleh TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor (Pengarah Penjara Sungai Udang) dan PKP Vijayan a/l Krishnan (Bahagian Dasar Kepenjaraan IPPM). Lawatan dimulakan dengan sesi penerangan kepada delegasi berkaitan struktur bangunan, sistem keselamatan dan kawasan penempatan banduan yang telah disampaikan oleh TPP Abu Sufian bin Mansoor. Seterusnya, delegasi dibawa melawat ke Blok Wanita Penjara Sungai Udang.