| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Muhibbah Ke Sekolah Integriti Dan Sekolah Henry Gurney

Pada 04 Mac 2020 (Rabu), Penjara Puncak Borneo telah menerima lawatan Muhibbah ke Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney Penjara Puncak Borneo daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak yang diketuai oleh Dr. Azhar bin Haji Ahmad, Pengarah Pendidikan Sarawak dan (19) pegawai daripada lain-lain sektor di Pejabat Pendidikan Negeri Sarawak. Antara objektif utama lawatan muhibbah ini adalah untuk mewujudkan satu jalinan permuafakatan di antara Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Jabatan Penjara Malaysia sekaligus meninjau serta melihat senario pelaksanaan dan pengoperasian Sekolah Integriti (SI) dan Sekolah Henry Gurney (SHG) Penjara Puncak Borneo.