| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Laporan Aktiviti Bengkel Solat Siri I/2020 Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu

Pada 27 Februari 2020, Unit Agama, Penjara Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan Bengkel Solat Siri I / 2020 Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu bertempat di Dewan Refflesia, Sekolah Integriti Wanita Penjara Wanita Kota Kinabalu.

Penceramah yang mengendalikan bengkel tersebut adalah Ustazah Jayah binti Mahdar, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), IPK Sabah. Penglibatan penghuni dalam ceramah tersebut adalah seramai 70 orang yang terdiri daripada banduan dan banduan muda.

Ceramah telah berlangsung bermula pada 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan disempurnakan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh KIP Fordiah binti Kassim, Ketua Unit Pendidikan dan Pemulihan, Penjara Wanta Kota Kinabalu.