| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Badminton Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2020

Pada 28 Februari hingga 01 Mac 2020 (Jumaat - Ahad) bertempat di Kompleks Sukan Bandaraya Relau, Pulau Pinang telah diadakan Kejohanan Badminton Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2020.Kejohanan telah dianjurkan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia dan dikelolakan oleh Penjara Negeri Pulau Pinang Dan Penjara Seberang Perai. Antara kategori yang dipertandingkan adalah Berpasukan, Perseorangan Lelaki, Beregu VIP, Beregu Lelaki, Beregu Veteran, Beregu Wanita Seramai (275) orang pemain daripada seluruh Jabatan Penjara telah menyertai Kejohanan pada Kali ini. Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah dirasmikan oleh YBrs KP Ibrisam bin Abdul Rahman, Pegawai Sukan Jabatan Penjara Malaysia mewakili YBhg. Dato' Sri Hj.Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia diiringi oleh TKP Roslan bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan PKK Hj. Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Seberang Perai.Turut hadir memeriahkan kejohanan adalah Ketua institusi Dan wakil institusi Zon Utara serta Wakil Agensi luar. Berikut adalah keputusan senarai keputusan Kejohanan :-

KATEGORI BERPASUKAN

1. JOHAN - SELANGOR 'A'

2. NAIB JOHAN - SABAH

3. KE 3 BERSAMA- SELANGOR 'B' & SARAWAK

KATEGORI PERSEORANGAN (L)

JOHAN-Halmi Jakarulah (SABAH)

NAIB JOHAN - Mohamad Shahrin bin Norhisham (SARAWAK)

KE-3 BERSAMA - Ahmad Nizam bin Adzaman (SELANGOR 'A') & Ridzuan bin Anuar (NEGERI SEMBILAN)

KATEGORI BEREGU VIP

JOHAN - Hasbullah bin Berahim /Jaafar bin Timbang (SARAWAK)

NAIB JOHAN - Khairul Ridhwan bin Adnan / Tan Tian Heng (PERAK)

KE-3 BERSAMA - Abdul Kadir bin Rais /Zahir bin Zulkifli (Selangor 'A') & Muhammad Nazri bin Nasrudin/Zakaria bin Mat Jusoh (Negeri SEMBILAN)

KATEGORI BEREGU (L)

JOHAN - Mohd Shamsir Zafran bin Shahar / Muhammad Aminuddin bin Yusuf (SELANGOR 'A')

NAIB JOHAN -Mohd Faris Danial bin Ahmad / Muhammad Luqman bin Mat Pipa (PAHANG)

KE -3 BERSAMA -Md Sapri bin Razak / Mohd Heidi bin Anuar(NEGERI SEMBILAN) & Faizal bin Md Fison/Idil Shahril Shah bin Abd Rashid (SELANGOR 'B')

KATEGORI BEREGU (W)

JOHAN - Siti Noor Azuana binti Mustaffa/ Wan Nur Azlieda binti W.Aziz (SELANGOR 'A')

NAIB JOHAN - Noor Balqis binti Yaacob/ Siti Farizah binti Haron (MELAKA)

KE-3 BERSAMA - Evita Sharmane Edmund / Rahsia Rashid (SABAH) & Aziah binti Mohd Noh/Zuraidah binti Zakaria (PERAK)

KATEGORI BEREGU VETERAN

JOHAN - Masjulasuzana bin Masro/Nazlan bin Osman (SELANGOR 'B')

NAIB JOHAN - Ahmad bin Hamid/Mohd Zaki bin Ibrahim (MELAKA)

KE-3 BERSAMA - Abdul Razak Japar/Azaman Kenit(SABAH) & Fathi bin Sapian/ Suhaimi bin Abdul Kadir(PERAK)