| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan YBhg. Dato' Jamil bin Rakon, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri Ke Penjara Penor, Kuantan, Pahang

Pada 23 Februari 2020 ( Ahad ), YBhg. Dato' Jamil bin Rakon, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan lawatan ke Penjara Penor, Kuantan, Pahang bagi meninjau dan melawat tapak pembinaan Rumah Persinggahan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al - Haj. Selain itu, beliau turut melawat Bengkel Tenun Pahang Diraja Penjara Penor, Kuantan, Pahang bagi melihat sendiri proses - proses penyediaan kain Tenun Pahang Diraja. Ketibaan YBhg. Dato' Jamil bin Rakon, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah disambut oleh Timbalan Komisioner Ku Nawawi bin Ku Hamid, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, YH. Penolong Kanan Komisioner Dato? Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Penor, Penguasa Ahmad Supian bin Jaafar, Timbalan Pengarah Penjara Penor dan pegawai - pegawai kanan serta pegawai - pegawai rendah dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Penjara Penor.