| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

MRCB Menyerahkan Kontrak Lantikan Pekerjaan Kepada 25 Orang Diselia Yang Menyertai Program Reben Kuning: PEKA@MRCB

Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Penjara Malaysia telah menyerahkan kontrak pekerjaan kepada 25 Orang Diselia (ODS) di bawah program Reben Kuning: PEKA@MRCB. Majlis penyerahan yang berlangsung hari ini di ?casting yard? MRCB Builders bertempat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dimana 25 ODS tersebut akan bekerja untuk projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan projek Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH). Pada majlis yang sama, MRCB juga menaja kos perabot bernilai RM31,780 untuk 'Rumah Transisi Industri - Penjara Sungai Buloh' di bawah program PEKA@MRCB bagi menempatkan ODS yang terlibat. 'Rumah Transisi Industri - Penjara Sungai Buloh' disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia untuk menempatkan ODS bagi memastikan kelancaran program ini. Kesemua ODS yang terlibat dalam program ini ditempatkan di blok penempatan di Penjara Sungai Buloh.