| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Februari 2020 Pusat Koreksional Bintulu

Pada 12 Februari 2020 (Rabu), Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari 2020. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan barisan oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Hairol Hisham Bin Mohd Harith, bacaan ikrar jabatan yang diketuai oleh KIP Alludin Bin Hassim, pemakaian pangkat kepada IP Asyraf Nasrullah Bin Sepawi yang telah disahkan dalam perkhidmatan, disusuli dengan ucapan daripada Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, Hairol Hisham Bin Mohd Harith, dan akhir sekali bacaan doa. Majlis telah dimulakan pada jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 8.00 pagi.