| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Penyerahan Sumbangan Naskhah Al-Quran Terjemahan Kepada Kakitangan Dan Penghuni Penjara Taiping

Majlis Penyerahan Sumbangan Naskhah Al-Quran Terjemahan Kepada Kakitangan Dan Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Rabu, 11 Februari 2020 di Surau Diri Jumaat (SDJ) Al-Hidayah, Penjara Taiping. Majlis dimulakan dengan Bacaan Ayat Suci Al-Quran yang disampaikan oleh penghuni Penjara Taiping, seterusnya Ucapan Aluan dan Penghargaan oleh PKK Mohd Farid bin Kassim, Pengarah Penjara Taiping, diikuti ucapan oleh Puan Hajah Zainon binti Zainal Abidin, wakil keluarga yang menyumbang naskhah Al-Quran Terjemahan. Beliau merupakan anak sulong kepada Arwah SI.1317 Zainal Abidin bin Ngah Mat Salleh yang pernah bertugas di Penjara Taiping dari tahun 1953 hingga 1983. Penyampaian sumbangan naskhah Al-Quran sebanyak 300 buah telah diserahkan oleh Puan Hajah Zainon binti Zainal Abidin kepada wakil kakitangan Penjara Taiping, PP Abdul Rahman bin Hasan, Pengerusi Surau Al-Hikmah (Surau Kakitangan) dan kepada wakil penghuni. Manakala penyampaian cenderahati disempurnakan oleh Pengarah Penjara Taiping kepada Puan Hajah Zainon binti Zainal Abidin. Program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari yang melibatkan seramai 50 orang penghuni.