| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Koreksi Diri 2020 Peringkat Penghuni Penjara Taiping

Program Koreksi Diri 2020 Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Khamis, 06 Februari 2020. Antara pengisian program ialah Ceramah Koreksi Diri 2020 yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Amir Adili bin Mohd Noor, Penceramah Jemputan merangkap Ketua Unit Agama Penjara Sungai Buloh, Selangor dan Sesi Soal Jawab bersama penghuni. Program ini merupakan kerjasama antara Unit Agama, Penjara Taiping dengan Unit Agama, Penjara Sungai Buloh. Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh Encik Muhammad Yusof bin Abu Bakar, Pegawai Psikologi, Penjara Taiping. Program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang yang melibatkan seramai 200 orang penghuni.