| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Kursus Pengurusan Jenazah 1.0 Peringkat Institusi Penjara Seremban 2020

Kursus Pengurusan Jenazah 1.0 Institusi Penjara Seremban telah diadakan pada 30.01.2020 (Khamis) bersamaan 5 Jamadil Akhir 1441 Hijrah bertempat di Surau Al-Jamiah, Penjara Seremban. Seramai 28 orang kakitangan telah menyertai program ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Penguasa, Mohamad Nazeff bin Mohamed Mazelan. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada kakitangan tentang keutamaan mendalami ilmu agama (fardhu kifayah) dan meningkatkan keyakinan diri dalam mengendalikan hal-hal berkaitan pengurusan jenazah. Pengisian majlis adalah penerangan teori berkaitan pengurusan jenazah serta sesi praktikal memandi, mengkafan dan solat jenazah yang dikendalikan oleh Ustaz Mahzan bin Ahmad Anuar daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Semoga segala yang telah dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar, in sha Allah.