| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

ODS Skuad Sukarelawan Al-Rahmah Dusun Dato' Murad Santuni Asnaf

Semabok - Seramai 10 Orang Diselia (ODS) dari Penjara Dusun Dato? Murad diberi tanggungjawab melakukan pembersihan di rumah Puan Zainab Binti Keling, 60 iaitu seorang asnaf fakir di Kampung Padang, Semabok dalam aktiviti turun padang Skuad Sukarelawan Al-Rahmah Yadim Penjara Dusun Dato? Murad. Program ini adalah aktiviti sulung yang dijalankan di bawah skuad sukarelawan tersebut. Aktiviti yang turut melibatkan beberapa organisasi dan agensi lain seperti AKRAB Dusun Dato? Murad, Bahagian Khidmat Bakti Al-Rahmah YADIM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Japerun Duyong dan beberapa pemimpin masyarakat dilihat sangat berjaya apabila pihak institusi mampu membawa ODS bersama-sama ke dalam masyarakat dan masyarakat pula tidak kekok dalam menyantuni banduan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut adalah aktiviti mengecat, mencantas dahan, membersih dapur dan pelbagai lagi. Dalam program tersebut, pihak sukarelawan menyampaikan beberapa buah tangan kepada tuan rumah seperti sinki dapur, peralatan menyimpan makanan, peralatan solat seperti telekung dan sejadah, mushaf Al-Quran dan hamper rempah ratus.

Program tersebut bermula jam 10:00 pagi dan berakhir dengan jamuan makan tengah hari pada jam 2:30 petang. Puan Zainab ketika ditemu bual menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak Penjara Dusun Dato? Murad dengan aktiviti yang dijalankan. Turut serta dalam menjayakan aktiviti tersebut adalah Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad, PKP Zamzuri bin Ghani. Skuad Sukarelawan Al-Rahmah Yadim Penjara Dusun Dato? Murad akan dilancarkan secara rasminya pada 30 Januari 2020 oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hafiz Bin Musa, Pengarah Kanan Yadim.