| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Transformasi Minda Siri 1 (Sarjan Mejor) Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan

Pada 7 dan 8 Januari 2020, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan telah menganjurkan Program Transformasi Minda Siri 1 kepada Sarjan Mejor yang baru dinaikkan pangkat secara TBBK melibatkan seramai 17 orang Sarjan Mejor. Program ini bertujuan untuk membina keyakinan diri dan kepimpinan, serta mengubah minda Sarjan Mejor kearah yang lebih positif. Program ini telah dikendalikan oleh kordinator program CR Tn.Hj. Mohd Zulkifli bin Mohd Nor dibantu oleh dua orang fasilitator iaitu KIP Ahmad Rushdi bin Ibrahim dan Ustaz Mohd Fazlie bin Mat Yusoff serta Unit Latihan Institusi. Pengisian program dalam bentuk ceramah, LDK, dan Pembentangan oleh setiap Sarjan Mejor. Program juga diserikan dengan ceramah yang disampaikan oleh Pengarah PPA Machang PKK Tuan Mohd Shukri bin Harun. Majlis berakhir dengan penyampaian sijil yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah PPA Machang, PP Mohd Rusli bin Abd Rahman.