| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Asas Sebat Rotan Siri 01 / 2020 Peringkat Institusi Penjara Penor, Kuantan, Pahang Darul Makmur

Pada 14 Januari 2020 ( Isnin ) hingga 16 Januari 2020 ( Rabu ), telah diadakan Kursus Asas Sebat Rotan Siri 01 / 2020 Peringkat Institusi Penjara Penor, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Kursus yang dijalankan ini adalah di bawah kelolaan Unit Latihan ( ULIN ), Penjara Penor, Kuantan, Pahang. Seramai 11 orang anggota serta 04 orang jurulatih sebat rotan telah terlibat dalam kursus tersebut. Pada 16 Januari 2020 ( Rabu ), jam 2:00 petang, telah diadakan juga sesi pemilihan akhir bagi anggota sebat rotan baru dan sesi pemilihan akhir tersebut telah disempurnakan sendiri oleh YH. Penolong Kanan Komisioner Dato? Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Penor, Kuantan, Pahang. Turut terlibat dalam sesi pemilihan tersebut ialah Timbalan Penguasa Muhammad Zulfaqar bin Abas dan Sarjan Mejar 9952 Asikin bin Awang selaku Ketua Penyebat Institusi ini.