| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Penghuni Sempena Hari Krismas

Pada 8 Januari 2020 bertempat di Dataran Mini Kenyalang Penjara Pusat Miri, Unit Pemulihan telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Penghuni Sempena Hari Krismas. Seramai 11 orang penghuni yang layak telah mengikuti program tersebut. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan koir oleh penghuni. Program telah disempurnakan oleh PP Muhammad Khalid bin Muhammad, Timbalan Pengarah Penjara Miri dan dihadiri oleh NGO dari Prison Fellowship Malaysia. Objektif program ini diadakan untuk memberi peluang kepada penghuni untuk meraikan Hari Krismas bersama keluarga di samping dapat mengeratkan hubungan di antara ahli keluarga. Majlis bersurai pada jam 1100 pagi.