| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Transformasi Minda Bebas Dadah Hidup Bahagia Siri 2/2020

20 Disember 2020- Bertemakan ‘Bebas Dadah Hidup Bahagia’, Program Transformasi Minda Siri 2/2020 telah diadakan di KT Beach Resort, Kuala Terengganu dengan melibatkan penyertaan 47 Orang Di Parol, PBSL dan bekas penghuni Penjara Marang. Program yang julung-julung kali diadakan ini merupakan anjuran bersama Pejabat Pengarah Penjara Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di mana ia telah dikendalikan oleh Profesor Dr. Mahadzirah Mohamad dari UniSZA. Para peserta telah diberi pendedahan dan latihan secara praktikal dalam merawat ketagihan dadah dengan mengaplikasikan elemen Taqwa dan teknik Neuro Linguistic Programming (NLP) bagi peningkatan keupayaan untuk kekal pulih (abstinence). Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Terengganu, TKP Ahmad Saidi bin Hamzah, Bahagian Pengurusan Pengurusan Banduan, IPPM, PKK Mohd Roslen bin Ramli, PP Mohamed bin Ali, PP Zool Fadli bin Ismail, dan Pejabat Parol & Perkhidmatan Komuniti Daerah Kuala Terengganu, KIP Wan Shamsul bin Bahari.