| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Penjara Malaysia Ke SHG Telok Mas

Pada 14 Disember 2020 (Isnin) YBhg.KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia bersama YBhg. Datin Sri Hajah Noraini Binti Haji Man telah mengadakan Lawatan Kerja ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Lawatan ini bertujuan untuk menyantuni para penghuni disini sebelum persaraan beliau.

Antara pengisian program yang diadakan sepanjang lawatan kerja ialah Program Motivasi Penghuni SPM 2020 bersama Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Pertandingan Tinju dan Muaythai Piala Komisioner Jeneral Penjara dan program penghuni Tun Teja bersama YBhg Datin Sri Hajah Noraini Binti Haji Man, Yang DiPertua PERSIAP Malaysia.