| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kursus Trainer Of Trainer (TOT) Pengurusan Jenazah, Solat Jamak Dan Qasar Kakitangan SHG Telok Mas

Pada 10 November 2020 Unit Latihan Institusi (ULIN) Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengadakan Kursus Trainer Of Trainer (TOT) Pengurusan Jenazah, Solat Jamak Dan Qasar bertempat di Bilik Kuliah ULIN SHG Telok Mas Melaka. Kursus ini telah dikendalikan oleh Ustaz Salleh bin Maslan dan Ustaz Shamsul Rizay bin Sa?ari melibatkan 30 orang kakitangan. Ianya bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada kakitangan Islam tentang kafiat pengurusan jenazah serta memahami konsep dan amali dalam pengurusan jenazah. Manakala Kursus Solat Jamak Dan Qasar bertujuan bagi mengukuhkan pengetahuan tentang kewajiban pelaksanaan ibadat solat Jamak Dan Qasar kepada setiap kakitangan yang sering menjalankan tugas-tugas pengiringan ke Mahkamah. Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus telah disempurnakan oleh PKP Hairol Hisham bin Mohd Harith, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka.