| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Ke Atas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

8 Feb 2021 (Isnin), Pejabat Pengarah Penjara Sarawak telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBrs. Dr. Norisah binti Suhaili, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bertempat di Pejabat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Kuching, Sarawak. Penjara Sarawak telah diketuai oleh YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh YDH PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo bersama beberapa orang Pegawai Kanan. Kunjungan pertama beliau bertujuan untuk memperkenalkan Pengarah Penjara Negeri yang baharu selepas dilantik mulai 17 September 2020 disamping berbincang dan bertukar-tukar pendapat serta pandangan mengenai kerjasama yang boleh dijalankan diantara kedua-dua jabatan.