| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kunjungan Hormat Pengarah Penjara Negeri Sabah Dan W.P.Labuan Kepada Pegawai Daerah Kota Belud, Sabah Dan Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Belud Pada 11 Februari 2021

Pada 11 Februari 2021 (Khamis), telah diadakan Lawatan Kerja dan Kunjungan Hormat oleh TKP Hajah Nora Binti Musa, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan PP Jomison Gondikit, Ketua Bahagian Parol Negeri Sabah ke Pejabat Pegawai Daerah Kota Belud dan Pejabat Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Belud.

Lawatan diadakan sebagai sesi suaikenal dan mengeratkan silaturahim serta menghebahkan berkaitan dengan Sistem Parol di Malaysia, amnya di Negeri Sabah serta alternatif hukuman yang sedang dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Dalam sesi tersebut, turut dibincangkan cadangan mewujudkan Rumah Perantaraan di Daerah Kota Belud serta sewaan Pejabat Parol Daerah Daerah Kota Belud. Hasil lawatan tersebut, kedua-dua perkara tersebut mendapat perhatian daripada Pegawai Daerah dan Jurutera JKR Daerah untuk dipertimbangkan. Kedua-dua agensi kerajaan Negeri Sabah tersebut telah mencadangkan agar pihak Jabatan Penjara Malaysia membuat permohonan segera Rumah Perantaraan Kota Belud dan lawatan berakhir di Pejabat Parol Daerah Kota Belud.