| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Bengkel - Bengkel Vokasional Daripada Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

24 Februari 2021 (Rabu) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah menerima lawatan kerja daripada Bahagian Pengurusan Banduan, Seksyen Vokasional dan Industri Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM). Turut hadir TKP Zainah Binti Pardi, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan,  Seksyen Vokasional dan Industri IPPM, PKK Abd Rahman Bin Taib Pengarah Penjara Negeri Sembilan dan PKK Mohd Yunos bin Mohd Salleh Bahagian Pengurusan Banduan Seksyen Vokasional dan Industri IPPM serta PKP Shahrom bin Mohamed Pengarah IPDJ. Lawatan kerja ini bertujuan melihat perkembangan Bengkel-Bengkel Vokasional di IPDJ dan Projek Ternakan Ikan Air Tawar serta Ternakan Lembu. Lawatan kerja telah berjalan lancar dengan mematuhi Standard Of Procedure yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.