| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Tazkirah Sempena Peristiwa Isra' & Mi'raj Serta Bacaan Yaasin

Mac 18, 2021 @ 0600 pm. Buat julung kalinya Program Bacaan Yaasin & Tazkirah Sempena Isra' Dan Mi'raj dapat dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Besar P1 Panasonic Appliances Air Conditioning Sdn Bhd Seksyen 21, Shah Alam, Selangor selepas termeterai perjanjian persefahaman (Mou) diantara pihak Penjara dan pihak Syarikat Panasonic pada 04 Mac 2021 yang lalu.

Program ini telah diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat dari Jabatan Penjara Malaysia iaitu KP Dato' Mohd Sakeri Bin Hj Dollah, Pengarah Penjara Negeri Selangor & WPKL dan Tuan Muhamad Nazri Bin Nasrudin yang merupakan Timbalan Pengarah Penjara Negeri Selangor & WPKL manakala dari Syarikat Panasonic adalah Dato' Moktar Bin Salleh yang merupakan Director of Corporate HR dan Madam Hamidah Bt Hamzah Deputy Director Of Mfg Group PAPAMY2 serta pemimpin bacaan Yaasin dan tazkirah iaitu Ustaz Mohd Azahari Bin Roslan yang merupakan Imam Masjid Kg Delik, Klang.

Kehadiran pegawai & anggota dari Pejabat Penjara Negeri, PPD Klang, penglibatan pihak pengurusan Panasonic serta ODP turut memeriahkan lagi program tersebut.

Dalam ucapan Dato' Moktar, beliau menzahirkan rasa bangga terhadap ODP yang bersungguh memberi komitmen kepada syarikat dan berharap pihak Lembaga Parol dapat meluluskan lebih ramai lagi ODP menjalani program CSI di Syarikat Panasonic.

Ucapan balas oleh Dato' Mohd Sakeri yang berasa bangga dengan pencapaian ODP dan berharap semua ODP dapat meneruskan kerjaya di Syarikat Panasonic sebagai lembaran baru dalam hidup mereka selepas bebas.

Penutup program diakhiri dengan jamuan makan di VIP Lounge berhampiran Dewan Besar P1 setelah selesai solat Maghrib berjemaah di Surau Panasonic berdasarkan SOP yang telah ditetapkan.Program Intensif Al-Quran Bagi Orang Diparol (ODP).