| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat YB Dato' Sri Azalina binti Othman Said, Timb. Yang DiPertua Dewan Rakyat Ke Atas YBhg. Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad, Ketua Pengarah Penjara Malaysia

Pada 1 April 2021 (Khamis) jam 10.00 pagi, YBhg. Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Dato' Sri Azalina binti Othman Said, Timb. Yang DiPertua Dewan Rakyat merangkap Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM). Kunjungan yang julung kalinya itu adalah bertujuan untuk lebih mengetahui tentang peranan dan hala tuju Jabatan Penjara Malaysia yang diterajui oleh pasukan kepimpinan baharu terutamanya dalam aspek pemulihan banduan dan Prison Reform. Turut hadir sama ialah YB Senator Tuan Liew Chin Tong, YB Senator Dato' Sri Vell Paari a/l Samy Vellu, YB Nurul Izzah Anwar dan juga sekreteriat Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia.