| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Konsultasi Pendaftaran & Pensijilan MyGAP Bagi Ladang Ternakan Ikan Keli Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

21 April 2021(Rabu) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah bekerjasama bersama Pejabat Perikanan Negeri Sembilan melalui Cawangan Akuakultur dan Biosekuriti dalam mengadakan Konsultasi Pendaftaran dan Pensijilan MyGap. Taklimat Amalan Akuakultur (myGAP) telah disampaikan oleh KC Biosekuriti, Cik Noradiana Noran di bilik mesyuarat institusi ini yang dipengerusikan oleh PKK Mohd Yunus Mohd Salleh Penolong Kanan Komisioner Bahagian Vokasional dan Industri Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Turut hadir PKP Shahrom bin Mohamed Pengarah IPDJ serta pegawai-pegawai, KC Akuakultur dan KDP Jelebu. Taklimat Konsultasi diadakan bertujuan memberikan penerangan yang jelas untuk memenuhi semua keperluan aspek biosekuriti termasuk halatuju, kemudahan/fasiliti terdapat di ladang/kolam yang perlu ditambah baik, kesihatan ikan, menjamin keselamatan ikan dan makanan serta memastikan semua dokumen telah lengkap untuk mendapatkan pensijilan myGAP.