| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ihya' Ramadan 1442H/2021M Peringkat Penghuni Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

06 Mei 2021 (Khamis) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah menganjurkan Program Ihya' Ramadan Peringkat Penghuni yang bertempat di Surau Annur IPDJ. Program ini telah disertai (80) orang banduan. Turut hadir bersama PKP Shahrom Bin Mohamed Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Program dimulakan dengan Majlis Khatam Tadarus Al-quran dikalangan penghuni pada jam 9.00 pagi dan diteruskan dengan ceramah agama yang bertajuk “Mukjizat Al-Quran Satu Kebenaran” yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Mohd Shah Rizan Bin Ibrahim merupakan Penolong Pengarah Kanan Ilim Kampus Jelebu dan selesai jam 1.00 petang. Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan ilmu kepada penghuni IPD Jelebu tentang kepentingan menghidupkan bulan ramadan.