| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Pembayaran Zakat Fitrah Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Jasin Melaka Bagi Tahun 1442H/2021M

6 Mei 2021 bersamaan 24 Ramadan 1442H (Khamis), bertempat di Kantin Kakitangan, Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah dibuat majlis pembayaran Zakat Fitrah Peringkat Penghuni bagi tahun 1442H/2021M. Seramai (47) Orang DiSelia (ODS) telah membayar zakat fitrah pada tahun ini berjumlah RM7.00 setiap orang yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM329.00.

Sesi pembayaran Zakat Fitrah tersebut telah disaksikan oleh PKP Zalina Binti Mohd Yunus, Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan disempurnakan oleh wakil Amil Pusat Zakat Melaka Ustaz Abdul Lathif Bin Ismail yang juga Pegawai Agama di Pusat Koreksional Jasin, Melaka.