| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Transformasi Minda Bebas Dadah Hidup Bahagia

24 Februari 2020 (Isnin) ? Bertempat di surau penjara penghuni Penjara Marang, seramai 45 orang penghuni Fasa 2, Modul Therapeutic Community telah terpilih untuk menyertai Program Transformasi Minda Bebas Dadah Hidup Bahagia yang telah dikendalikan oleh Profesor Dr. Mahadzirah Mohamad dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Program ini telah berupaya memberi pendedahan dan latihan secara praktikal dalam merawat ketagihan dadah di kalangan penghuni kesalahan penagihan dadah dengan mengaplikasikan elemen Taqwa dan teknik Neuro Linguistic Programming (NLP), pemfokusan kepada peningkatan keupayaan untuk kekal pulih (abstinence). Selain itu ia secara tidak lansung telah memberi impak yang positif terhadap peningkatan keyakinan diri penghuni, membantu meningkatkan keupayaan penghuni dan keberkesanan pemulihan penagihan dadah di kalangan mereka bagi mencapai kualiti hidup yang lebih baik.