| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Padang Dan Balapan Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka

 

20 Februari 2020, Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Penghuni Akademik bertempat di Mini Stadium Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh PP Redzwan Bin Saghil@Yusof, Timbalan Pengarah SHG Telok Mas dan turut dihadiri Pegawai-Pegawai Kanan dan Guru-guru SHG Telok Mas, Melaka. Aturcara dimulakan dengan perbarisan, ikrar kejohanan, pertunjukan pancaragam dan acara olahraga. Pasukan Rumah Hijau telah muncul sebagai johan keseluruhan.