| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Basic Life Support (BLS) Anjuran Penjara Bentong

Pada 19 hingga 20 Februari 2019 telah diadakan Kursus Basic Life Support (BLS) yang dianjurkan oleh Unit Latihan Penjara Bentong dengan kerjasama klinik kesihatan Chemomoi, Simpang Pelangai, Karak, Mempaga dan Pejabat Kesihatan Daerah Bentong. Kursus ini disertai oleh 20 peserta yang terdiri daripada Pegawai Penjara dan kakitangan Awam daripada Penjara Bentong. Antara objektif kursus adalah untuk memberi pengetahuan secara teori dan praktikal mengenai teknik asas bantuan Basic Life Support (BLS)-CPR mengikut modul NCORT yang terkini kepada mangsa yang mengalami Cardio respiratory arrest dan airway Choking tanpa menggunakan sebarang bantuan peralatan perubatan.