| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bicara Hati #Pesan Abang Untuk Adik Bagi Pelajar Sekolah Integriti Puncak Alam, Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor

27 Julai 2021, berlangsung "Program Motivasi Bicara Hati Pesan Abang Untuk Adik" melalui sidang video yang dianjurkan oleh Yayasan Nur Inspirasi di Bilik Komputer Sekolah Integriti Puncak Alam bermula seawal jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang.

Keterlibatan program ini seramai 20 orang pelajar akademik. Antara moderator yang terlibat sepanjang program ini berlangsung adalah YBhg. Datin Fauziah binti Ahmad Ramly sebagai pengerusi program serta 3 ikon Yayasan Nur Inspirasi iaitui Muhamad Dinie bin Abd Rashid (Peserta Program Backstage), Khairil Azreen bin Mohd Jasni dan Rashidi bin Abdullah merupakan ikon golongan kurang upaya (OKU) penglihatan.