| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Pelancaran Program "Food Bank" Penjara Seremban

26 Ogos 2021 (Khamis) bertempat di perkarangan Tempat Perjumpaan Penjara Seremban telah diadakan Majlis Pelancaran Program "Food Bank" Penjara Seremban. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh PKK Abd Rahman bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Diantara objektif Program "Food Bank" ini sebagai satu inisiatif bagi membantu anggota dan kakitangan yang terkesan dalam situasi wabak COVID-19 yang melanda negera disamping mengurangkan beban anggota dalam menangani kos sara hidup. Sasaran bagi program ini adalah untuk anggota dan kakitangan yang tergolong dalam kumpulan B40. Penjara Seremban turut menerima sumbangan daripada Persatuan Pegawai Penjara (POA) dan YA Dato’ Paduka Haji Azman bin Abdullah, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban bagi menjayakan Program "Food Bank" ini.