| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perasmian Taska Tempat Kerja Awam (TTKA) SINAR PERMATA, Penjara Limbang

Pada 20 Februari 2020 (Khamis), telah diadakan Majlis Perasmian Taska Tempat Kerja Awam (TTKA) SINAR PERMATA, Penjara Limbang yang dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Arfan Bin Sulaiman, Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, mewakili Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat. Turut hadir adalah Yang Berusaha Puan Rohana Binti Isnawi mewakili Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak. Majlis dimulakan pada 10.30 pagi dan selesai pada jam 1.00 petang. Antara pengisian majlis adalah ucapan aluan oleh PKP Jaafar Bin Timbang, mewakili Pengarah Penjara Negeri Sarawak, seterusnya ucapan Perasmian oleh Tuan Arfan Bin Sulaiman mewakili Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Majlis diteruskan lagi dengan Penyerahan Perakuan Pendaftaran Taska oleh Tuan Arfan Bin Sulaiman kepada Puan Kathyrina Anak Yupat (Pengusaha Taska), Penyampaian cenderahati, sesi bergambar, gimik perasmian, lawatan ke dalam Taska dan sesi beramah mesra serta sidang media.