| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Muhibbah Ke Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang

Pada 19 Ogos 2021 (Khamis) Pengarah Penjara Limbang, PKP Jaafar bin Timbang  telah mengadakan lawatan Muhibbah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang sempena perlantikan Ketua Polis Daerah Limbang yang baru iaitu Penguasa Polis Parum ak Niot dan Timbalan Ketua Polis DSP Liong anak Tindan. Turut hadir semasa lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang tersebut TPP Hasbullah bin Berahim (Ketua Bahagian Keselamatan dan Inteligen), TPP Estil anak Ningkan (Ketua Bahagian Pengurusan Banduan), PPP Mohd. Radzuan bin Osman (Seksyen Rekod dan Dokumentasi ) IP Warner anak Sikat (Unit Vokasional Dan Industri).  Objektif lawatan tersebut adalah sesi suai kenal dan bertukar-tukar pandangan mengenai keselamatan kepenjaraan dan keselamatan awam. Selain itu juga, lawatan ini membincangkan hal-hal berkaitan kerjasama antara Penjara Limbang dan IPD Limbang berkaitan dengan pembuatan jahitan pakaian seragam polis.