| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Sambutan Kempen Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2021 Peringkat Penjara Puncak Borneo

Pada 30.08.2021 jam 2.30 petang, bertempat di Perkarangan Blok Pentadbiran Penjara Puncak Borneo, Kempen Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang telah dirasmikan oleh PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo dalam satu upacara simbolik pemasangan jalur gemilang pada setiap kenderaan jabatan dan juga kakitangan. Program ini bertujuan untuk menyemai semangat cintakan negara dikalangan semua anggota sekaligus bersatu dalam menghadapi setiap keadaan bagi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan sejagat.