| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting, Perak Bagi Tahun 2020

Pada 25 Ogos 2021 (Rabu), Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2020 di Dewan Dato’Maharaja Lela @ Daim. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh PKP Harun Bin Awang, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting. Majlis turut dihadiri oleh TPP Mohd Hanif Bin Mohd Saupi, TPP Mohd Fedli Bin Mat Nuri dan Encik Muhammad Rasyid Bin Mohd Sidik, Pegawai Psikologi Institusi. Seramai 20 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) didahului oleh Inspektor Penjara Siti Salmah Binti Awang,Inspektor Penjara Salam Firdaus Bin Kamarudin, dan pegawai lain-lain pangkat. Majlis tersebut dijalankan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM dan MKN.