| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Mesyuarat Penyelarasan Pusat Transit Penerimaan (PTP) Pusat Koreksional Kamunting, Perak

Pada 24 Ogos 2021 (Selasa), Mesyuarat Penyelarasan Pusat Transit Penerimaan (PTP) telah diadakan Bilik Mesyuarat Delima, Pusat Koreksional Kamunting. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. TKJP Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan Dan Koreksional). Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah KP Haji Ahmad Faudzi bin Awang Pengarah Keselamatan dan Inteligen, KP Haji Ajidin bin Haji Salleh Pengarah Pengurusan Banduan, TKP Sukri bin Saad Pengarah Penjara Negeri Perak, Pegawai-Pegawai dari IPPM, serta Pegawai Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama Taiping Perak. Mesyuarat tersebut membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan keselamatan di Pusat Transit Penerimaan Pusat Koreksional Kamunting,Perak. Selepas mesyuarat, YBhg. TKJP Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak telah melawat Blok Abadi dengan diiringi PKP Harun bin Awang, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting.