| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Outreach Imunisasi Penghuni Penjara Bentong

22 September 2021 (Rabu) - Seramai 1079 orang penghuni Penjara Bentong telah terlibat dalam Program Outreach Imunisasi Penghuni Penjara Bentong. Kesemua penghuni yag menerima suntikan adalah terdiri daripada 996 penghuni lelaki dan 113 penghuni wanita. Program ini adalah kerjasama bersama Pejabat Kesihatan Daerah Bentong yang melibatkan 50 pertugas kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Program yang dijalankan di Dewan At-Tarbiyah Penjara Bentong ini bermula pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 3 petang. Turut hadir dalam program ini, Pengarah Penjara Negeri Pahang KP Dato' AB Basir Bin Mohamad , Pengarah Penjara Bentong TKP Dato’ Abu Hasan bin Hussain dan Pegawai Kesihatan Program Vaksinasi Penjara Bentong, Dr. Aishah Jamilah Mohd. Salleh.