| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Imunisasi Covid-19 Bagi Penghuni Penjara Penor Anjuran Bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan

Pada 28 September 2021 (Selasa), Penjara Penor telah mencapai sasaran imuniti kelompok yang disasarkan iaitu seramai 1684 penghuni telah selesai menerima kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19. Program imunisasi ini adalah kerjasama bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kesihatan Kuantan (PKD) yang diketuai oleh Dr. Mardiatuniza binti Mohamad Dani serta dibantu oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Penjara dan anggota beruniform.

Program ini telah diadakan pada 06 dan 07 September 2021 melibatkan pemberian dos pertama manakala pemberian dos kedua telah dilakukan pada 27 dan 28 September 2021. Pemberian vaksin adalah melibatkan vaksin jenis Sinovac dan juga CanSino.