| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sukan Tahunan Sekolah Integriti Penjara Pusat, Kota Kinabalu Kali Ke-12

Sukan Tahunan Sekolah Integriti Kota Kinabalu kali ke-12 telah diadakan pada 17.2.2020 sehingga 20.2.2020. Pelajar telah dibahagikan kepada tiga rumah sukan iaitu rumah Merah, Biru dan Hijau. Seramai 37 orang pelajar terlibat dalam 11 acara yang dipertandingkan. Antara acara yang dipertandingkan ialah acara tekan tubi, karom, gusti lengan, juggling, futsal, ping pong, bola tampar, takraw dan jumping rope. Rumah Merah telah menjadi johan keseluruhan, diikuti oleh rumah Hijau dan rumah Biru. Majlis penutupan Hari Sukan Sekolah Integriti Kota Kinabalu telah dirasmikan oleh Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PKK Teyun Thian Eim.