| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Aktiviti Riadah Sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kakitangan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Tahun 2021

17 Oktober 2021 (Ahad) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah mengadakan aktiviti riadah sempena Sambutan Hari Sukan Negara bertempat di Jeram Berungut, Taman Negeri Kenaboi, Jelebu. Turut hadir, PKP Shahrom bin Mohamed Pengarah IPDJ dan TPP Muhamad Naim bin Amir Timbalan Penguasa Penjara IPDJ serta (20) orang kakitangan IPDJ. Perjalanan memakan masa hampir sejam dari Taman Alam Liar Jabatan Perhutanan Negeri meredah denai dan sungai sambil menikmati kesegaran serta suasana nyaman di Jeram Berungut.