| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Penanda Aras Daripada Pengarah Penjara Negeri Johor Ke Pusat Koreksional Kamunting

Pada 14 Oktober 2021 (khamis), Pusat Koreksional Kamunting telah menerima lawatan daripada Pengarah Penjara Negeri Johor KP Hj Abd Wahab Bin Hj Kassim beserta rombongan yang terdiri daripada Pengarah Penjara Kluang TKP Wan Ramzan Bin Wan Ahmad, Pengarah Penjara Simpang Renggam TKP Meor Azizi Sapawi Bin Ahmad Sepuan, Pengarah Penjara Pusat Koreksional Johor Bharu PKP Hairol Hisham Bin Mohd Harith. Turut bersama dalam lawatan tersebut ialah wakil Pejabat Penjara Negeri Perak PP Tamil Selvan A/L Velandi diiringi Pengarah Pusat Koreksional Kamunting PKP Harun Bin Awang serta pegawai kanan Pusat Koreksional Kamunting. Lawatan tersebut dimulai dengan lawatan ke bahagian Agro yang dilakukan oleh Pusat Koreksional Kamunting seperti Kolam Ikan Keli, Semaian Musang King, Madu Kelulut dan Tanaman Napier.