| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kejohanan Sukan 3 Penjuru Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang

Pada 23 Oktober 2021 (Sabtu) jam 7.00 pagi telah diadakan Kejohanan Sukan 3 Penjuru (Kakitangan, ODS, ODP) di Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang dan dirasmikan oleh Komisioner Penjara Dato' Mohd Sakeri bin Hj Dollah, Pengarah Penjara Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 97 orang kakitangan (parol, PPN dan PRP), 43 ODP dan 50 ODS yang terlibat. Acara yang dipertandingkan adalah futsal, bola tampar, sepak takraw, catur, karom, dam dan cabutan bertuah serta penyampaian hadiah kepada para pemenang. Objektif program ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan dalam menerapkan gaya hidup yang sihat dan memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.