| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penyerahan Sumbangan Sangkar Kolam, Paket Makanan Ikan Dan Anak Ikan Talapia Merah Bagi Ternakan Ikan Air Tawar Di Pusat Koreksional Jasin Melaka

25 Oktober 2021 (Isnin), Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah menerima sumbangan (6) sangkar ikan, (131) guni palet makanan ikan dan sejumlah 5,600 benih anak ikan talapia merah bagi ternakan ikan air tawar. Penyerahan sangkar ikan, benih anak ikan serta palet makanan ikan tersebut disampaikan oleh Puan Adawiyyah, Ketua Unit Akuakultur Pejabat Perikanan Negeri Melaka dengan diiringi oleh Puan Siti Asiah, Ketua Perikanan Daerah Jasin bersama dengan Encik Muhammad Helmis Maula Zainal Pembantu Perikanan Akuakultur Jasin dan diterima oleh PKP Zalina Binti Mohd Yunus, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Pelaksanaan ternakan ikan air tawar ini adalah sebagai projek perintis  baru  dengan Jabatan Perikanan Daerah Jasin khususnya dan Jabatan Perikanan Negeri Melaka amnya dalam usaha memberikan pelbagai cabang Latihan Kemahiran kepada kakitangan dan Orang DiSelia (ODS) yang menjalani baki hukuman di institusi ini dan ianya selaras dengan visi Jabatan Penjara Malaysia iaitu Peneraju Perkhidmatan Korektif.