| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Maulidur Rasul 1443 H Peringkat Orang Diselia (ODS) Pusat Koreksional Jasin, Melaka

Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1443H peringkat Orang DiSelia (ODS) Pusat Koreksional Jasin, Melaka ini telah berlangsung pada hari Selasa 26 Oktober 2021 bersamaan 19 Rabiulawal 1443H. Majlis telah diadakan di Surau Al-Hidayah Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Program telah bermula pada jam 3.00 petang bagi sesi Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Pegawai Agama Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Tidak ketinggalan juga perarakan kompang dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang turut disertai oleh Yang Dihormati Penolong Komisioner Penjara Zalina Binti Mohd Yunus, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka.


Aturcara program disudahi dengan Ucapan Perasmian Penutupan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1443H dan penyampaian hadiah poster terbaik oleh Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Turut diadakan penyampaian penghargaan kepada PKJ 410, Johan Peserta Tilawah Al-Quran Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia bagi tahun 2021. Seramai 72 Orang DiSelia (ODS) yang beragama Islam telah menghadiri majlis yang penuh bermakna ini. Objektif program adalah untuk menanam semangat kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW serta menyemai nilai-nilai murni kepada ODS dengan akhlak dan sunnah yang dibawa oleh baginda. Program ini telah dilaksanakan dengan mematuhi SOP Covid-19 yang telah ditetapkan.